Monday, 3 June 2013

SKUAD SUKARELAWAN YAYASAN PELJARAN MARA :)


Assalamualaikum semua,
Ayat yang sama bila dapat menulis setelah sekian lama tak menulis, saya sesangat la busy orgnye hinge x dpt menulis di en3.
Ou yeah, seperti tajuk diatas saya nak berkongsi sedikit pengalaman apabila pertama kali menyertai program skuad sukarelawan.
Pada 31 mei hingga 2 jun 2013 saya dengan kawan2 seramai 40 orang dari Kolej Perkembangan Awal Kanak-kanak telah menyertai program Bina Insan Skuad Sukarelawan yang dianjurkan oleh Yayasan Pelajaran Mara bertempat di Pusat Latihan Kemas Kuala Lumpur, Jalan Syed Putra. Program ini telah melibat kan seramai 6 buah IPT. Antaranya kami sendiri, KPAKK, seterusnya UPNM, PICOM, UITM, UNISEL dan IPG KL.
Sebelum pergi kami memang x ambil tahu langsung program ini bertujuan untuk apa, dengar jer pergi KEMAS, semua pakat rela jer g.. mane tak nyer, mmg bahagian kami yang sememangnya melibatkan kanak-kanak berkait dengan kemas, salah satunye Tadika Kemas. Lagi pun free dan yang paling penting dapat sijil.
 So petang Jumaat lebih kurang pukul 3, sampailah kami dekat tempat program dijalankan.. sampai terus mendaftar diri pastue masuk bilik rehat kan badan kejap..Petang pulak selepas minum petang mula lah aktiviti yang pertama kami disitu iaitu Ceramah oleh Encik Hishamuddin Abdul Rahman, tajuk nya “Halatuju Skuad Sukarelawan”. Dah rasa kan, rasa nak balik sebab mcm x de kaitan plak dengan kanak-kanak.. haha. Tapi apa boleh buat..
Abes ceramah lebih kurang pukul7 kami semua makan malam n boleh buat persiapan diri untuk aktiviti malam nye , cume “Majlis Perasmian Skuad Sukarelawan YPM” yang pertama diadakan pukul 9mlm tue. Majlis dirasmikan oleh YBHG. Dr Zubir bin Harun iaitu Ketua Pegawai Eksekutif ypm. Abes perasmian dengar lagi ceramah bertajuk “ Apa itu sukarelawan dan asas sukarelawan” oleh Encik Samsuddin Munir hingga pukul 11 x silap saya. Then, minum malam n masuk bilik tidur.
Esoknye sabtu, pukul 8 kami berkumpul di dewan n aktiviti luar pulak.. yeahh, lebam dah telinga asyik dengar ceramah..hehe.  Kami di Bahgi kan kumpulan kepada 4 kmpulan. Saya kump 1. Kembar saya kump 4. Jauh kan bezanye. Redha je laa.. erm tahu x apa aktiviti y kami lakukan sebagai sukarelawan yang baru bermula . erm, kami setiap kumpulan dibawa ke PPRT yang berbeza, bertujuan mengkaji sendiri taraf kehidupan dan pendidikan mereka yang tinggal di sana. Nampak senang kan? Memang pengalaman baru bagi kami, dengan bermacam peristiwa yang berlaku. Tapi kami sebagai sukarelawan baru telah diberi persedian sedikit sebelum ke sana.. tak delaa risau. Dari pukul 9 hingga 2.30 ptg misi kami di sana Berjaya dilakukan. Dan kami pulang bersama pengalaman baru dan perlu dikongsikan bersam-sama. Ptg lepas mkn kami duduk dalam kumpulan utk siapkan tugasan buat p.point tuk present ape y kami dapat di PPRT tadi. Dan segala yang kami dengar seperti keluh kesah masyarakat disana perlu kami kongsikan bersame. Malam tue slot dri hati ke hati kami pon berkongsi pengalaman bersama peserta lain dan fasilitator juga berkongsi pengalaman mereka kepada kami. Memang banyak pengalaman mereka yang sudah berpuluh tahun menyertai pasukan sukarelawan tu. Sangat menusuk kalbu betul. Terima kasih semua Fasi yang terlibat Abang Hazrul Hafizi aka a. sem, abanag Khairul Adha aka a. aha, abang Alif Anas, abang Adip Anas, abang azri, abang Halim, kak Ain , mereka semua baik-baik if ade antare mreka Tokoh Belia, tokoh sukarelawan, presiden sukarelawan atau pegawai YPM mereka tetap mesra dengan kami semua..
Masuk pukul 12 malam kami ingat kan dah abes dah program hari tue, boleh laa masuk bilik tidur.. tapiiii kami ade disediakan lagi aktiviti, adoi…huhu. Aktiviti jelajah Kuala Lumpur oi.. macam best tapi memang best pon, kumpulan kami dpt area pudu n petaling street. Bukan jalan-jalan saje ye, kami jalan ade misi yang dibawa iaitu mengedarkan makanan kepada gelendangan. Mula-mula rasa macam x yakin je, pukul1 pagi jln sekitar KL,boleh ke aku buat nie, jumpe mcm2 jenis org tue.  Erm. Belum cube belum tahu kan. Sampai je kat situ pertama sekali terdetik di hati aku, Ya Allah, mcm nie ke mereka hari-hari?. Sedihnyer, kite kira bernasib baik tahu x masih ade tempat tinggal, makan, pakai yang teratur. Tapi mereka pukul 12 baru dapat peluang baring di atas batu tepi2 kedai yang hanya beralaskan kotak, serius sebak sgt. sebab waktu tu aku datang kat satu tempat nie ade 3 orang tengah baring tapi 2 dah tido sorang belum tido, aku pon x smpai hati la nak kejutkan. Bagi la makanan dengan air dekat yang jage tue je then y jage tue kejutkan kwn dy sorang then y baru bangon tu kejutkan pulak lgi sorang. Aku pon bg la ketiga2 mereka. Nampak tak sikap kasih syg sesame mereka tue wujud. Walaupun kwn dy dah tido dye tetap x sampai hati utk rase sorang sendri rezeki y dy dapat pada hari tu. Pastue aku terpikir kenapa mereka jadi macam nie? Adakah mereka tak berpelung langsung nak rasai macam kite nie?.sanggupkah mereka sebenarnye? Betapa tabahnye hati mereka. Erm. abes tue dekat pukul 2 kot baru kami balik. Balik mandi, tidur. Esoknye pulak, kami ade last program ceramah, ape lagi, kongsi pengalaman lagi lee. Ini lagi sekali aku nak cakap, apa yang berlaku tu semuanya pertama kali aku lihat dalam hidup. Selama nie dlm tv je kan. Mm
Ptg tue lepas makan tengah hari kami pon siap2 barang nak balik.. sebelum balik mestilaah bergambar-gambar dulu, sebagai kenangan. Betul2 rasa macam x nak balik.hoho. pendapat sudah bertentangan dengan hari pertama tue..hehe. sesungguhnya lepas nie kalau ade lagi skuad sukarelawan buat aktiviti aku akan pergi. Insyaallah.
Pengalaman tue serba sedikit buat aku sedar betapa x semua orang beruntung, kalau kita rasa kita tengah susah sangat kita perlu sedarkan balik diri kita bahawa ada yang lagi susah dari kita. Apabila kita rasa diri kita yang paling derita ingat lah balik bahawa ada orang lagi derita dari kita.. sesungguhnya kita sebagai manusia perlu bersedia dan sentiasa menerima qadaq dan qadar Allah s.w.t. Wallahualam.




Wednesday, 29 May 2013

Renungngan bersama !!


PERKONGSIAN BERSAMA - KISAH INI SEKADAR PERINGATAN BUAT DIRI SENDIRI DAN SEMOGA MEMBAWA MANFAAT KEPADA YANG MEMBACA.. INSHAALLAH

Assalammualaikum wbt..

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu. Dalam hatinya berkata, ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tapi untuk diri dan keluargaku.'' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.


Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.


Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis. Suami yang baru itu menjawab dengan tenang: ''Demi Allah, akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu.


Rasullullah S.A.W bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan''.


Anas Malik pula meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W ada bersabda yang bermaksud: ''Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya''.

# sedarlah kita bahawa kita bukannya selalu di atas, ada masanya kita akan di bawah . roda kehidupan sentiasa berputar seperti putarnya waktu itu.jadi semua ambil iktibar okey :)

Tuesday, 2 April 2013

Bersyukur :)

Bismillahirohmanirohim.
alhamdulillah hari ini merupakan minggu terakhir untuk semester khas dua, lepastu minggu depan study week dan minggu depan lagi satu final exam. dan minggu depan lagi satu cuti sem.. Yabedabeduuuu..
bukan itu yang nak saya cakapkan, sebab lepas cuti sem start sem baru iaitu sem akhir bagi diploma saya.. eiyuuuwww.. tapi sem akhir nie mesti macam2 nak buat kan.. alahai.. bersedia ye nadia.. 
tapi tak ape, lepas tu dah boleh pegang diploma.. pengorbanan sebagai seorang pelajar itulah hadiahnya..kan... merapu pulak..
okey.. bagi makluman semua kami dua belajar di kolej perkembangan awal kanak-kanak. mesti nak tahu kan ape kelebihan belajar kat situ, erm ape erk.. mungkin bagi kami sendiri laa lepas belajar nanti ape yang penting kami bakal menjadi Cikgu Tadika.. nmpak kan pandangan org, alaaah cikgu tadika je ape kelass, tapi siapa tahu cikgu tadika bertanggungjawab besar untu membantu mencorak anak-anak yang masih putih dan suci.. nampak tak, nampak tak pengorbanan nya..
sebagai ibu bapa yang dah ade anak opkos laa mahukan terbaik untuk anak nya kan.. jadi kenapa tidak kita memberi sokongan kepada bakal cikgu tadika macam kami nie..
haisshhh.. okey serba sedikit pasal kolej kami nie dulu yee.. kolej kami nie hanya menyediakan satau sahaja kos iaitu pendidikan Awal Kanak-Kanak. maka nya tiada saingan lain laa dalam kos lain kan.. Tempoh pengajian kami 2 tahun 5  bulan, mmg sekejap sebab ape? sebab cuti sem kami pendek.. okey ape, kejap je dah abis belajar..yeayyy..
dalam 2 tahun 5 bulan tue kan kami ade 5 sem panjang dan 2 sem pendek.. then lepas tue praktikal dekat taska dan tadika 2 bulan. then lepas tueee konvo laaa..
mengikut pengiraan kami yang kohort 10 nie kami akan tamat belajar pada bulan Ogos 2013.. lagi 4 bulan je kan.. yes!
sepanjang belajar memang banyak masam manis yang kami lalui tetapi itu semua kan lagi mematangkan kita kankan.. so dalam hidup nie kita harus bersyukur kerana Allah x kan uji hambanya jika hambanya tidak mampu, maka disini ujian yang kita dapat dari Nya itu menunjukkan bahawa Allah tahu kita mampu untuk mengharunginya kan.. Alhamdulillah..
cuma satu je yang kami tak dapat tahan, tak dapat tahan rindu dekat keluarga.. rasa kalau boleh tiap-tiap  minggu nak balik perak.. tapi apakan daya, banyak perkara yang menghalang..erm. tapi terpikir jugak mcm mane laa y belajar jauh yang kena naik kapal terbang baru boleh dapat jumpe keluarga tue? macam mane yee, ouh tahu, itulaah nama nya pengorbanan..
*dalam hati syukur sebab tak dapat belajar jauhjauh, ini antara perak ke selangor nie pon dah rasa jauh dah..

  okay terima kasih sebab sudi baca.. 
assalamualaikum :)
byebye..

Tuesday, 12 March 2013

Apa perasaan anda?

Tak tahu nak cerita dari mana, tapi just nak kongsi apa yang tengah dirasa kan oleh hati..
ade sorang member nie, kami belajar tempat y sama, satu kelas, dan satu rumah.. rapat memang rapat, kalau aku ade kat kolej kompom dye pon ade, yela name satu kelas kan.. dye memang pandai, masa semester 1 ngan semester 2 dulu bila kami ade tugasan ke kerja kumpulan ke, dye la org paling sibok di hari akhir penghantaran kerana ape, kerana dye tokeh print, sebab umah dye dekat ngan ostel kami. jadi daripada menapak jauh ke kedai untie print baik kami bgi dye pendrve tolong print kan.. tapi kami bayar laaa bila y individu pnye.. masuk tugasan kumpulan, lain pulak..sebab tugasan kumpulan hanya kami y lain buat dye kuarkan duit print jer.. bukan sebab kami harapkan dye tok print tapi sikap dye y susah untuk bekerjasama nak wat tugasan... untuk tidak mengelakkan sakit hati baek kami buat undang2 macam tu..
semeser 1 ngan semester 2 bila kami bagi pendrive kat dye, balik melompat la dye sorang2 sebab dapat amek hasil kerja kami, sebab bile kami buat tugasan dye sebok kua date la, bergayut la, bace novel la, tido la dan sebagainye.. tapi bile hari hantar tugasan dye punye y paling tebal.. tak ke pelik disitu.. tapi kami wat dek jela sebab x pikir sgt. tapi last2 aritu aku ngan kembar aku ternampak la tugasan dye sebijik macam aku punye, sekali ngan penghargaan pon same.. (mengucap panjang aku) tapi demi kawan aku ngan twin decide nak diamkan je, malas nak bising.. just berjaga2 laa pastu, bile ade j tugasan kami sanggup g kat untie print xpayah dah harapkan dye y kurang boleh diharapkan..
Masuk semester 3, Kolej kami pindah ke tempat y lagi selesa dan luas. tapi kedai untie print xde, ade pon jauh laa. mcm maner ni.. dye pon dengan bangga nye suruh kasi pendrve kat dye biar dye y print kan.. dlm hati aku 'banyak cantik muka kau'. so mmber y lain dgn gembiranye bagi kat dye pendrve y terisi softcopy tugasan.. aku ngan kembar aku pon pergi la print sendiri, xkira laa jauh ke ape ke.. untuk keselamatan bersama.. 
Tapi baru2 nie kan, after abes exam y kertas terakhir untuk sem 4, semua pelajar diminta oleh pihak kolej untuk mengambil hasil tugasan pelajar yang dalam simpanan pensyarah sebelum dilupuskan.. semua tugasan yang sem 3 pnye assngmnt laa.. So abes j exam kami pon g laa serbu satu kelas y dikhaskan tu.. cari2 nama sendiri punye hasil kerja.. then satu subjed tu aku punya tugasan, dpt 7/10 tapi telah dipotong guna pen merah menjadi 3/10 dan dititipkan satu pesanan iaitu *tugasan anda sama dengan tugasan akifa (bukan nama sebenar).. aku pun terkejut cipanzi laa bacanya, sebab tugasan tu sepenuhnya aku buat sendiri tnpa diplagiat or copy paste, then macam ner la boleh same dengan dia, xde org lain ke y nak sama ngan aku.. erm, tarik nafas then lepas.. aku kutip lagi tugasan subjed lain, sambil tercari2 dimana dia punye tugasan yang sama ngan aku tu.. pastu kebetulan dye dtg dekat aku dy ckp jaga jap beg aku, nak g toilet ni.. ape lagi aku bukak beg dye, tengok dy punye tugasan y serupa ngan aku punye tu. ape yang dapat aku tengok markah dy pon serupa jugak ngan aku 7/10 tapi dye xde kena potong dan takde pon dapat pesanan mcm y aku dapat.. menggigil rasanye, kenapa aku y kena mcm tu, knape ! menitik air mata xdpt nak tahan. knape ko buat aku macam nie? aku kan kawan ko !.. aku pikir punye pikir macam ner boleh same sedangkan aku x bg pon dye, last2 baru aku ingat y aku terlepas pandang bhwa dye ade pinjam laptop aku haritu, atas tujuan ape pon aku x tahu, padahal dye ade laptop sendiri kan.. then mungkin waktu tue dye copy KESEMUA tugasan akhir aku y dalam satu file aku letak kedalam pendrive dye.. nasi sudah menjadi bubur.. aku dapat tahu lambat, harinie last exam utk sem4, sem3 sudah menjadi result.. :'''''(
balik rumah teringat , mandi teringat.. kenapa ko buat aku macam ni, apa salah aku 'kawan'? then duatiga hari lepas tu, ade sorang budak rumah jerit panggil aku, waktu tu dye xde, aku pon tanye laa knape.. dye cakap nie haa tugasan si akifa nie (bukan nama sebenar) sama ngan i ! dengan bangga nye aku cakap okey laa x kena potong markah if sama tapi aku kena.. dalam hati *mungkin pensyarah y subjed aku tu teliti tapi y ni terlepas pandang la tuu..  then aku cerita la kat dak2 umah ape y aku rasa.. isu sensasi nie, diowang pon rase jugak ape y aku rasa waktu tu, tapi mungkin aku la y lebih2 merasa nye.. *nangis semahumahunya.



xpayah cerita panjang isu tu, cukuplah takat ini.. Alhamdulillah dah settle.. malas nak pikir.. yang lepas biarkan berlalu..
 okay terima kasih sebab sudi baca.. 
assalamualaikum :)
byebye..

Monday, 3 December 2012

PENGETAHUAN SEBELUM MENJADI IBU BAPA !!


ASSALAMUALAIKUM
Menyambut kehadiran ‘orang baru’ dalam keluarga mestinyanya memberikan seribu satu perasaan yang sukar digambarkan. Apatah lagi bagi pasangan suami isteri yang menanti kelahiran cahaya mata sulung. Mereka pasti kurang pengalaman bukan sahaja dalam penyediaan keperluan malahan pendidikan keibubapaan.. cehh ayat semua nak skema kan..haha. back to the topic!
Ada juga ibubapa yang resah dan pening lalat nak pikir apa yang harus dilakukan terlebih dahulu sama ada nak beli pakaian bayi dulu ke, kelengkapan bilik tidur ataupun keperluan penyusuan , stroller atau tempat duduk bayi nanti bila dalam kereta.. Jadi dalam hal ini, tentunya bajet menjadi perkara utama kan..
So, untuk mengelakkan pembaziran sebetulnya ibubapa yang bakal menimang cahaya mata ni perlulah membuat perancangan betul, dengan membuat list, mana yang perlu dan penting kena diutamakan. Yang tak penting bukan xpayah beli tapi beli bila bajet dah ade okey..
Apa benda yang penting apa yang tak penting ? Okey seperti contoh, penggunaan lampin penting berbanding susu formula.. ini kerana bayi yang baru lahir sehingga Enam bulan ataupun sehingga bayi berusia 2 tahun digalakkan tidak mencampurkan susu ibu dengan susu formula.. kenapa? Cuba search google apa khasiat susu ibu kepada bayi.. takpun pergi kedai tengok sendiri tin susu formula dah tulis susu formula akan mengganggu penyusuan susu ibu.. kepada bakal jadi ibu tu, selagi termampu tak salahkan kita berbakti disaat anak kita belum kenal apaapa.
Selain itu, penggunaan kereta tolak saya rasa belum sesuai digunakan kepada bayi yang baru lahir. Kalau abis pantang tu nak jugak bawak bayi tu berjalan apekata kita sediakan beg gendong.bukan apa selain dari dapat mengurangkan perbelanjaan sebelum bayi keluar penggunaan gendong juga dapat membuatkan bayi lebih rapat dengan ibu sekali gus menjadikan mereka lebih berkeyakinan apabila dewasa nanti. InsyaAllah.. ini kerana bayi sentiasa mendengar degupan jantung ibu apabila mereka digendong kemana saja..
Ada sesetengah orang berpendapat, perbezaan dengan anak yang diajar menggunakan kereta tolak sejak lahir, mereka lebih mementingkan diri sendiri, takut dan kurang yakin apabila berhadapan dengan orang ramai. Tapi tak semuanya pendapat orang tu betul kan, jadi xboleh percaya sangat..huhu
Seterusnya, bagi ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata perlulah membuat persiapan mental dan fizikal dahulu. Kepada ibu perkara pertama yang perlu dilakukan adalah membuat persediaan mengenai penyusuan susu ibu. Ini boleh dilakukan sebaik saja kehamilan pada tiga bulan pertama dengan mendapatkan maklumatmengenai penyusuan di internet, buku dan majalah serta membuat perancangan sama ada anda ingin menggunakan pam susu manual, eletrik, bateri atau pam tangan saja.
Bagi bakal ibu yang sering bergerak kesana kesini atau keluar daerah, pilihlah pam moden menggunakan bateri, ringan dan senanng dialih. Walaupun harganya agak mahal, ia sangat berbaloi dan memberi kepuasan kepada ibu. Dapatkan juga teknik penyimpanan susu ibu dengan pakar laktasi serta cara penyusuan yang betul selepas menghantar anak ke pusat penjagaan kanak-kanak atau rumah pengasuh.
Hal ini kerana, terdapat pelbagai kes kemalangan seperti tersedak susu, lemas, atau terjatuh di pusat asuhan. Justeru itu, ibu bapa perlu memastikan sebelum bayi dihantar ke Taman Asuhan Kanak-kanak pilihlah TASKA yang berdaftar dan mempunyai pengasuh yang berkelayakan.
Disamping itu, penggunaan sarung tangan kepada bayi tidak digalakkan kecuali sekiranya cuaca terlalu sejuk. Sebab tujuan pemakaian adalah untuk menghalang wajah bayi di cakar jari sendiri. Buat permulaan memang ada benarnya namun selepas beberapa kali bayi akan mengetahui ia menyebabkan kesakitan dan lama kelamaan mereka tidak akan melakukan nya lagi. Selain itu juga bayi dapat malakukan proses mengenali rasa. Dengan membiarkan bayi belajar secara semulajad mengenali licin, lembut, kasar dan halus bagi memperkukuhkan kemahiran motor mereka.
Seterusnya, penggunaan bedung atau barut  adalah penting  kerana bayi yang dipakaikan barut akan merasa tenang sama seperti di dalam perut ibu. Selain itu, dapat melindungi perut bayi daripada kembung dan merasa kurang selesa.
Dalam hal ini, pentingnya pendidikan keibubapaan kepada bakal ibu bagi membolehkan mereka tidak cepat panik. Misalnya apabila bayi menangis tidak semestinya lapar, padahal kurang selesa, kembung perut , digigit serangga dan bising adalah diantara punca bayi menangis.
Bagi ibu yang biasa menggunakan puting untuk menenangkan bayi sebenarnya puting akan mengganggu penyusuaan susu ibu kerana apabila bayi menghisap puting lama kelamaan mereka akan letih dan minum susu sikit saja dan secara tak langsung proses tumbesaran akan terbantut apabila bayi tidak mendapat khasiat susu secukupnya.
Selain itu, penyediaan katil bayi untuk memisahkan tempat tidur juga adalah tidak digalakkan. Ini kerana bayi yang berusia sebulan sehingga dua tahun masih memerlukan susu ibu. Jadi dengan membenarkan anak-anak tidur bersama, ibu bapa akan lebih memahami keperluan anak-anak dan dalam masa yang sama perhubungan menjadi lebih erat .
Akhir sekali, kepada bakal ibu, selamat menjadi ibu, SEMOGA MENJADI IBU YANG MISALI.. semoga dipermudahkan segala urusan anda nanti. Jangan lupa amalkan surah Mariam selalu yee.. Ingat lah bahawa pengorbanan seorang wanita yang melahirkan anaknya adalah tidak terhingga besarnya.
 okay terima kasih sebab sudi baca.. 
assalamualaikum :)
byebye..

Wednesday, 28 November 2012

Tugasan , membuat blog!!

Salam Sejahtera semua,
masa terluang nie saje nak cite serba sedikit tentang assngmnt luar biasa yang kami dapat nie, eh xde la luar biasa sangat tapi belom pernah kami dapat sebelum nie..hehe..
sem2 lepas tak penah lagi kami kena buat tugasan y diberi lecturer berbentuk BLOG, jadi untuk subjed agama nie kami kena buat blog.. Just pilih tajuk untuk dijadikan isu, then kite buat laa entri utk tajuk tue.. 
kebetulan kumpulan saya ambil tajuk masalah sosial pembuangan bayi yang berlaku di malaysia kini..
okey tak payah cite panjang lebar just nak suruh awak awak semua follow blog kami yeee 
http://cahayakehidupan123.blogspot.com/ .. selain follow kite same same dapat berkongsi maklumat kan...

okay terima kasih sebab sudi baca.. 
assalamualaikum :)
byebye..

Sunday, 25 November 2012





 Assalamualaikum
Mood berbloger dah sampai, ehem ehem, harinie nak cerita pasal keluarga saya..eiyueiyu..
Okey , keluarga sy ni mmg besar, ade abah,mak, yong, abg kamal, nyah, abg amin, kak yang, abg jamal, kak ju, abg pudin, abg ayoi, kak ida, nad (twin) , azam (adek bongsu) , anak sedara yang lima orang lagi tu si alyaa, icad, aikal, pia, aisya ngan bakal menyusul lagi tu..hehe.
belom kira lagi sedara mara belah mak, belah abah.. kannn..
walau pape pon, cume nak cite sebenarnya, mereka semua la kekuatan sy, bukan kata nadia j , sebenarnye semua orang pon sama kan, family tu la kekuatan kita kan, mereka la tulang belakang kita.. if kita hadapi apaapa musibah or dugaan kita mesti perlukan mereka tuk kita kongsikan masalah n mintak pendapat.. tak gitu..
jadi sebagai manusia kita perlulah ada sifat Kasih Sayang dalam diri, baru laa kena.. jangan cakap kasih sayang sesame manusia j, tapi sesame haiwan n tumbuhan pon kena juga.. mereka juga ciptaan ALLAH jugak kan…
dah la melalut, sebelom ke titik yang terakhir jom usha gambar KELUARGA KESAYANGAN SAYA J

*raya 2009

*raya 2010

*raya 2011



*raya 2012

*at pangkor

*at teluk batik

*at sarawak
*at ulu cepor

*at aeon ipoh

*lima orang budak tecik tu ialah lima orang anak sedara kami... 


~ ini antara gambar yang sempat ditangkap beramai-ramai.. sebenarnya gambar beramai2 ni lebih kepada kebetulan sebab nye kalau dah buat sesuatu tu mana nak sempat posing tapi bila sorang dah mula keluar kan kemera jgn tanye knape keja pon entah kemana..c(: 

okay terima kasih sebab sudi baca.. 
assalamualaikum :)
byebye..