ASSALAMUALAIKUM
Menyambut kehadiran ‘orang baru’ dalam keluarga mestinyanya
memberikan seribu satu perasaan yang sukar digambarkan. Apatah lagi bagi
pasangan suami isteri yang menanti kelahiran cahaya mata sulung. Mereka pasti
kurang pengalaman bukan sahaja dalam penyediaan keperluan malahan pendidikan
keibubapaan.. cehh ayat semua nak skema kan..haha. back to the topic!
Ada juga ibubapa yang resah dan pening lalat nak pikir apa
yang harus dilakukan terlebih dahulu sama ada nak beli pakaian bayi dulu ke,
kelengkapan bilik tidur ataupun keperluan penyusuan , stroller atau tempat
duduk bayi nanti bila dalam kereta.. Jadi dalam hal ini, tentunya bajet menjadi
perkara utama kan..
So, untuk mengelakkan pembaziran sebetulnya ibubapa yang
bakal menimang cahaya mata ni perlulah membuat perancangan betul, dengan
membuat list, mana yang perlu dan penting kena diutamakan. Yang tak penting
bukan xpayah beli tapi beli bila bajet dah ade okey..
Apa benda yang penting apa yang tak penting ? Okey seperti
contoh, penggunaan lampin penting berbanding susu formula.. ini kerana bayi
yang baru lahir sehingga Enam bulan ataupun sehingga bayi berusia 2 tahun digalakkan
tidak mencampurkan susu ibu dengan susu formula.. kenapa? Cuba search google
apa khasiat susu ibu kepada bayi.. takpun pergi kedai tengok sendiri tin susu
formula dah tulis susu formula akan mengganggu penyusuan susu ibu.. kepada
bakal jadi ibu tu, selagi termampu tak salahkan kita berbakti disaat anak kita
belum kenal apaapa.
Selain itu, penggunaan kereta tolak saya rasa belum sesuai
digunakan kepada bayi yang baru lahir. Kalau abis pantang tu nak jugak bawak
bayi tu berjalan apekata kita sediakan beg gendong.bukan apa selain dari dapat
mengurangkan perbelanjaan sebelum bayi keluar penggunaan gendong juga dapat
membuatkan bayi lebih rapat dengan ibu sekali gus menjadikan mereka lebih
berkeyakinan apabila dewasa nanti. InsyaAllah.. ini kerana bayi sentiasa
mendengar degupan jantung ibu apabila mereka digendong kemana saja..
Ada sesetengah orang berpendapat, perbezaan dengan anak yang
diajar menggunakan kereta tolak sejak lahir, mereka lebih mementingkan diri
sendiri, takut dan kurang yakin apabila berhadapan dengan orang ramai. Tapi tak
semuanya pendapat orang tu betul kan, jadi xboleh percaya sangat..huhu
Seterusnya, bagi ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata
perlulah membuat persiapan mental dan fizikal dahulu. Kepada ibu perkara
pertama yang perlu dilakukan adalah membuat persediaan mengenai penyusuan susu
ibu. Ini boleh dilakukan sebaik saja kehamilan pada tiga bulan pertama dengan
mendapatkan maklumatmengenai penyusuan di internet, buku dan majalah serta
membuat perancangan sama ada anda ingin menggunakan pam susu manual, eletrik,
bateri atau pam tangan saja.
Bagi bakal ibu yang sering bergerak kesana kesini atau
keluar daerah, pilihlah pam moden menggunakan bateri, ringan dan senanng
dialih. Walaupun harganya agak mahal, ia sangat berbaloi dan memberi kepuasan
kepada ibu. Dapatkan juga teknik penyimpanan susu ibu dengan pakar laktasi
serta cara penyusuan yang betul selepas menghantar anak ke pusat penjagaan
kanak-kanak atau rumah pengasuh.
Hal ini kerana, terdapat pelbagai kes kemalangan seperti
tersedak susu, lemas, atau terjatuh di pusat asuhan. Justeru itu, ibu bapa
perlu memastikan sebelum bayi dihantar ke Taman Asuhan Kanak-kanak pilihlah
TASKA yang berdaftar dan mempunyai pengasuh yang berkelayakan.
Disamping itu, penggunaan sarung tangan kepada bayi tidak
digalakkan kecuali sekiranya cuaca terlalu sejuk. Sebab tujuan pemakaian adalah
untuk menghalang wajah bayi di cakar jari sendiri. Buat permulaan memang ada
benarnya namun selepas beberapa kali bayi akan mengetahui ia menyebabkan
kesakitan dan lama kelamaan mereka tidak akan melakukan nya lagi. Selain itu
juga bayi dapat malakukan proses mengenali rasa. Dengan membiarkan bayi belajar
secara semulajad mengenali licin, lembut, kasar dan halus bagi memperkukuhkan
kemahiran motor mereka.
Seterusnya, penggunaan bedung atau barut adalah penting kerana bayi yang dipakaikan barut akan merasa tenang
sama seperti di dalam perut ibu. Selain itu, dapat melindungi perut bayi
daripada kembung dan merasa kurang selesa.
Dalam hal ini, pentingnya pendidikan keibubapaan kepada
bakal ibu bagi membolehkan mereka tidak cepat panik. Misalnya apabila bayi
menangis tidak semestinya lapar, padahal kurang selesa, kembung perut , digigit
serangga dan bising adalah diantara punca bayi menangis.
Bagi ibu yang biasa menggunakan puting untuk menenangkan
bayi sebenarnya puting akan mengganggu penyusuaan susu ibu kerana apabila bayi
menghisap puting lama kelamaan mereka akan letih dan minum susu sikit saja dan
secara tak langsung proses tumbesaran akan terbantut apabila bayi tidak
mendapat khasiat susu secukupnya.
Selain itu, penyediaan katil bayi untuk memisahkan tempat
tidur juga adalah tidak digalakkan. Ini kerana bayi yang berusia sebulan
sehingga dua tahun masih memerlukan susu ibu. Jadi dengan membenarkan anak-anak
tidur bersama, ibu bapa akan lebih memahami keperluan anak-anak dan dalam masa
yang sama perhubungan menjadi lebih erat .
Akhir sekali, kepada bakal ibu, selamat menjadi ibu, SEMOGA MENJADI IBU YANG MISALI.. semoga
dipermudahkan segala urusan anda nanti. Jangan lupa amalkan surah Mariam selalu
yee.. Ingat lah bahawa pengorbanan seorang wanita yang melahirkan anaknya
adalah tidak terhingga besarnya.
assalamualaikum :)
byebye..