Monday, 3 June 2013

SKUAD SUKARELAWAN YAYASAN PELJARAN MARA :)


Assalamualaikum semua,
Ayat yang sama bila dapat menulis setelah sekian lama tak menulis, saya sesangat la busy orgnye hinge x dpt menulis di en3.
Ou yeah, seperti tajuk diatas saya nak berkongsi sedikit pengalaman apabila pertama kali menyertai program skuad sukarelawan.
Pada 31 mei hingga 2 jun 2013 saya dengan kawan2 seramai 40 orang dari Kolej Perkembangan Awal Kanak-kanak telah menyertai program Bina Insan Skuad Sukarelawan yang dianjurkan oleh Yayasan Pelajaran Mara bertempat di Pusat Latihan Kemas Kuala Lumpur, Jalan Syed Putra. Program ini telah melibat kan seramai 6 buah IPT. Antaranya kami sendiri, KPAKK, seterusnya UPNM, PICOM, UITM, UNISEL dan IPG KL.
Sebelum pergi kami memang x ambil tahu langsung program ini bertujuan untuk apa, dengar jer pergi KEMAS, semua pakat rela jer g.. mane tak nyer, mmg bahagian kami yang sememangnya melibatkan kanak-kanak berkait dengan kemas, salah satunye Tadika Kemas. Lagi pun free dan yang paling penting dapat sijil.
 So petang Jumaat lebih kurang pukul 3, sampailah kami dekat tempat program dijalankan.. sampai terus mendaftar diri pastue masuk bilik rehat kan badan kejap..Petang pulak selepas minum petang mula lah aktiviti yang pertama kami disitu iaitu Ceramah oleh Encik Hishamuddin Abdul Rahman, tajuk nya “Halatuju Skuad Sukarelawan”. Dah rasa kan, rasa nak balik sebab mcm x de kaitan plak dengan kanak-kanak.. haha. Tapi apa boleh buat..
Abes ceramah lebih kurang pukul7 kami semua makan malam n boleh buat persiapan diri untuk aktiviti malam nye , cume “Majlis Perasmian Skuad Sukarelawan YPM” yang pertama diadakan pukul 9mlm tue. Majlis dirasmikan oleh YBHG. Dr Zubir bin Harun iaitu Ketua Pegawai Eksekutif ypm. Abes perasmian dengar lagi ceramah bertajuk “ Apa itu sukarelawan dan asas sukarelawan” oleh Encik Samsuddin Munir hingga pukul 11 x silap saya. Then, minum malam n masuk bilik tidur.
Esoknye sabtu, pukul 8 kami berkumpul di dewan n aktiviti luar pulak.. yeahh, lebam dah telinga asyik dengar ceramah..hehe.  Kami di Bahgi kan kumpulan kepada 4 kmpulan. Saya kump 1. Kembar saya kump 4. Jauh kan bezanye. Redha je laa.. erm tahu x apa aktiviti y kami lakukan sebagai sukarelawan yang baru bermula . erm, kami setiap kumpulan dibawa ke PPRT yang berbeza, bertujuan mengkaji sendiri taraf kehidupan dan pendidikan mereka yang tinggal di sana. Nampak senang kan? Memang pengalaman baru bagi kami, dengan bermacam peristiwa yang berlaku. Tapi kami sebagai sukarelawan baru telah diberi persedian sedikit sebelum ke sana.. tak delaa risau. Dari pukul 9 hingga 2.30 ptg misi kami di sana Berjaya dilakukan. Dan kami pulang bersama pengalaman baru dan perlu dikongsikan bersam-sama. Ptg lepas mkn kami duduk dalam kumpulan utk siapkan tugasan buat p.point tuk present ape y kami dapat di PPRT tadi. Dan segala yang kami dengar seperti keluh kesah masyarakat disana perlu kami kongsikan bersame. Malam tue slot dri hati ke hati kami pon berkongsi pengalaman bersama peserta lain dan fasilitator juga berkongsi pengalaman mereka kepada kami. Memang banyak pengalaman mereka yang sudah berpuluh tahun menyertai pasukan sukarelawan tu. Sangat menusuk kalbu betul. Terima kasih semua Fasi yang terlibat Abang Hazrul Hafizi aka a. sem, abanag Khairul Adha aka a. aha, abang Alif Anas, abang Adip Anas, abang azri, abang Halim, kak Ain , mereka semua baik-baik if ade antare mreka Tokoh Belia, tokoh sukarelawan, presiden sukarelawan atau pegawai YPM mereka tetap mesra dengan kami semua..
Masuk pukul 12 malam kami ingat kan dah abes dah program hari tue, boleh laa masuk bilik tidur.. tapiiii kami ade disediakan lagi aktiviti, adoi…huhu. Aktiviti jelajah Kuala Lumpur oi.. macam best tapi memang best pon, kumpulan kami dpt area pudu n petaling street. Bukan jalan-jalan saje ye, kami jalan ade misi yang dibawa iaitu mengedarkan makanan kepada gelendangan. Mula-mula rasa macam x yakin je, pukul1 pagi jln sekitar KL,boleh ke aku buat nie, jumpe mcm2 jenis org tue.  Erm. Belum cube belum tahu kan. Sampai je kat situ pertama sekali terdetik di hati aku, Ya Allah, mcm nie ke mereka hari-hari?. Sedihnyer, kite kira bernasib baik tahu x masih ade tempat tinggal, makan, pakai yang teratur. Tapi mereka pukul 12 baru dapat peluang baring di atas batu tepi2 kedai yang hanya beralaskan kotak, serius sebak sgt. sebab waktu tu aku datang kat satu tempat nie ade 3 orang tengah baring tapi 2 dah tido sorang belum tido, aku pon x smpai hati la nak kejutkan. Bagi la makanan dengan air dekat yang jage tue je then y jage tue kejutkan kwn dy sorang then y baru bangon tu kejutkan pulak lgi sorang. Aku pon bg la ketiga2 mereka. Nampak tak sikap kasih syg sesame mereka tue wujud. Walaupun kwn dy dah tido dye tetap x sampai hati utk rase sorang sendri rezeki y dy dapat pada hari tu. Pastue aku terpikir kenapa mereka jadi macam nie? Adakah mereka tak berpelung langsung nak rasai macam kite nie?.sanggupkah mereka sebenarnye? Betapa tabahnye hati mereka. Erm. abes tue dekat pukul 2 kot baru kami balik. Balik mandi, tidur. Esoknye pulak, kami ade last program ceramah, ape lagi, kongsi pengalaman lagi lee. Ini lagi sekali aku nak cakap, apa yang berlaku tu semuanya pertama kali aku lihat dalam hidup. Selama nie dlm tv je kan. Mm
Ptg tue lepas makan tengah hari kami pon siap2 barang nak balik.. sebelum balik mestilaah bergambar-gambar dulu, sebagai kenangan. Betul2 rasa macam x nak balik.hoho. pendapat sudah bertentangan dengan hari pertama tue..hehe. sesungguhnya lepas nie kalau ade lagi skuad sukarelawan buat aktiviti aku akan pergi. Insyaallah.
Pengalaman tue serba sedikit buat aku sedar betapa x semua orang beruntung, kalau kita rasa kita tengah susah sangat kita perlu sedarkan balik diri kita bahawa ada yang lagi susah dari kita. Apabila kita rasa diri kita yang paling derita ingat lah balik bahawa ada orang lagi derita dari kita.. sesungguhnya kita sebagai manusia perlu bersedia dan sentiasa menerima qadaq dan qadar Allah s.w.t. Wallahualam.