Assalamualaikum semua,
Ayat yang sama bila
dapat menulis setelah sekian lama tak menulis, saya sesangat la busy orgnye
hinge x dpt menulis di en3.
Ou yeah, seperti tajuk
diatas saya nak berkongsi sedikit pengalaman apabila pertama kali menyertai
program skuad sukarelawan.
Pada 31 mei hingga 2
jun 2013 saya dengan kawan2 seramai 40 orang dari Kolej Perkembangan Awal
Kanak-kanak telah menyertai program Bina Insan Skuad Sukarelawan yang
dianjurkan oleh Yayasan Pelajaran Mara bertempat di Pusat Latihan Kemas Kuala
Lumpur, Jalan Syed Putra. Program ini telah melibat kan seramai 6 buah IPT.
Antaranya kami sendiri, KPAKK, seterusnya UPNM, PICOM, UITM, UNISEL dan IPG KL.
Sebelum pergi kami
memang x ambil tahu langsung program ini bertujuan untuk apa, dengar jer pergi KEMAS,
semua pakat rela jer g.. mane tak nyer, mmg bahagian kami yang sememangnya
melibatkan kanak-kanak berkait dengan kemas, salah satunye Tadika Kemas. Lagi
pun free dan yang paling penting dapat sijil.
So petang Jumaat lebih kurang pukul 3,
sampailah kami dekat tempat program dijalankan.. sampai terus mendaftar diri
pastue masuk bilik rehat kan badan kejap..Petang pulak selepas minum petang
mula lah aktiviti yang pertama kami disitu iaitu Ceramah oleh Encik Hishamuddin
Abdul Rahman, tajuk nya “Halatuju Skuad Sukarelawan”. Dah rasa kan, rasa nak
balik sebab mcm x de kaitan plak dengan kanak-kanak.. haha. Tapi apa boleh
buat..
Abes ceramah lebih
kurang pukul7 kami semua makan malam n boleh buat persiapan diri untuk aktiviti
malam nye , cume “Majlis Perasmian Skuad Sukarelawan YPM” yang pertama diadakan
pukul 9mlm tue. Majlis dirasmikan oleh YBHG. Dr Zubir bin Harun iaitu Ketua
Pegawai Eksekutif ypm. Abes perasmian dengar lagi ceramah bertajuk “ Apa itu
sukarelawan dan asas sukarelawan” oleh Encik Samsuddin Munir hingga pukul 11 x
silap saya. Then, minum malam n masuk bilik tidur.
Esoknye sabtu, pukul 8
kami berkumpul di dewan n aktiviti luar pulak.. yeahh, lebam dah telinga asyik
dengar ceramah..hehe. Kami di Bahgi kan
kumpulan kepada 4 kmpulan. Saya kump 1. Kembar saya kump 4. Jauh kan bezanye.
Redha je laa.. erm tahu x apa aktiviti y kami lakukan sebagai sukarelawan yang
baru bermula . erm, kami setiap kumpulan dibawa ke PPRT yang berbeza, bertujuan
mengkaji sendiri taraf kehidupan dan pendidikan mereka yang tinggal di sana.
Nampak senang kan? Memang pengalaman baru bagi kami, dengan bermacam peristiwa
yang berlaku. Tapi kami sebagai sukarelawan baru telah diberi persedian sedikit
sebelum ke sana.. tak delaa risau. Dari pukul 9 hingga 2.30 ptg misi kami di
sana Berjaya dilakukan. Dan kami pulang bersama pengalaman baru dan perlu
dikongsikan bersam-sama. Ptg lepas mkn kami duduk dalam kumpulan utk siapkan
tugasan buat p.point tuk present ape y kami dapat di PPRT tadi. Dan segala yang
kami dengar seperti keluh kesah masyarakat disana perlu kami kongsikan bersame.
Malam tue slot dri hati ke hati kami pon berkongsi pengalaman bersama peserta
lain dan fasilitator juga berkongsi pengalaman mereka kepada kami. Memang
banyak pengalaman mereka yang sudah berpuluh tahun menyertai pasukan
sukarelawan tu. Sangat menusuk kalbu betul. Terima kasih semua Fasi yang
terlibat Abang Hazrul Hafizi aka a. sem, abanag Khairul Adha aka a. aha, abang
Alif Anas, abang Adip Anas, abang azri, abang Halim, kak Ain , mereka semua
baik-baik if ade antare mreka Tokoh Belia, tokoh sukarelawan, presiden
sukarelawan atau pegawai YPM mereka tetap mesra dengan kami semua..
Masuk pukul 12 malam
kami ingat kan dah abes dah program hari tue, boleh laa masuk bilik tidur..
tapiiii kami ade disediakan lagi aktiviti, adoi…huhu. Aktiviti jelajah Kuala
Lumpur oi.. macam best tapi memang best pon, kumpulan kami dpt area pudu n
petaling street. Bukan jalan-jalan saje ye, kami jalan ade misi yang dibawa
iaitu mengedarkan makanan kepada gelendangan. Mula-mula rasa macam x yakin je,
pukul1 pagi jln sekitar KL,boleh ke aku buat nie, jumpe mcm2 jenis org tue. Erm. Belum cube belum tahu kan. Sampai je kat
situ pertama sekali terdetik di hati aku, Ya Allah, mcm nie ke mereka
hari-hari?. Sedihnyer, kite kira bernasib baik tahu x masih ade tempat tinggal,
makan, pakai yang teratur. Tapi mereka pukul 12 baru dapat peluang baring di
atas batu tepi2 kedai yang hanya beralaskan kotak, serius sebak sgt. sebab
waktu tu aku datang kat satu tempat nie ade 3 orang tengah baring tapi 2 dah
tido sorang belum tido, aku pon x smpai hati la nak kejutkan. Bagi la makanan
dengan air dekat yang jage tue je then y jage tue kejutkan kwn dy sorang then y
baru bangon tu kejutkan pulak lgi sorang. Aku pon bg la ketiga2 mereka. Nampak
tak sikap kasih syg sesame mereka tue wujud. Walaupun kwn dy dah tido dye tetap
x sampai hati utk rase sorang sendri rezeki y dy dapat pada hari tu. Pastue aku
terpikir kenapa mereka jadi macam nie? Adakah mereka tak berpelung langsung nak
rasai macam kite nie?.sanggupkah mereka sebenarnye? Betapa tabahnye hati
mereka. Erm. abes tue dekat pukul 2 kot baru kami balik. Balik mandi, tidur.
Esoknye pulak, kami ade last program ceramah, ape lagi, kongsi pengalaman lagi
lee. Ini lagi sekali aku nak cakap, apa yang berlaku tu semuanya pertama kali aku
lihat dalam hidup. Selama nie dlm tv je kan. Mm
Ptg tue lepas makan
tengah hari kami pon siap2 barang nak balik.. sebelum balik mestilaah
bergambar-gambar dulu, sebagai kenangan. Betul2 rasa macam x nak balik.hoho. pendapat
sudah bertentangan dengan hari pertama tue..hehe. sesungguhnya lepas nie kalau
ade lagi skuad sukarelawan buat aktiviti aku akan pergi. Insyaallah.
Pengalaman tue serba
sedikit buat aku sedar betapa x semua orang beruntung, kalau kita rasa kita tengah
susah sangat kita perlu sedarkan balik diri kita bahawa ada yang lagi susah
dari kita. Apabila kita rasa diri kita yang paling derita ingat lah balik
bahawa ada orang lagi derita dari kita.. sesungguhnya kita sebagai manusia
perlu bersedia dan sentiasa menerima qadaq dan qadar Allah s.w.t. Wallahualam.